KOTA BHARU: Seramai 70,000 pegawai dan anggota membabitkan pelbagai agensi ditugaskan bagi menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata jumlah itu meliputi pasukan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu 21,018 orang, Angkatan Tentera Malaysia (18,500 orang), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (15,000 orang), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (10,500 orang) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (4,400 orang).
"Kita telah minta bantuan daripada beberapa agensi untuk membantu PDRM kerana kita sedar ramai anggota kita juga akan terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
"Kita juga ada minta bantuan untuk menggunakan aset-aset daripada agensi terbabit seperti lori, bot dan aset udara," katanya selepas menghadiri taklimat PRU15 dan persiapan menghadapi MTL di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 5,500 lokasi 'hotspot' banjir di seluruh negara termasuk 186 kawasan berisiko kepala air.
"Kita telah kaji beberapa strategi untuk pastikan rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada PDRM kerana kita telah bersedia menghadapi kemungkinan bencana akibat hujan lebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022
Jumlah itu meliputi pasukan seperti PDRM, ATM, JBPM, APM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Chile sertai tuntutan mahkamah Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ
Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Banjir: 2,095 petani sektor tanaman agromakanan terjejas
Sejumlah 2,095 petani sektor tanaman agromakanan di seluruh negara terjejas akibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) setakat ini, melibatkan kawasan yang dianggarkan seluas 4,701 hektar.
Menjinak ombak ganas Pantai Kemasin
Pantai Kemasin yang menghadap Laut China Selatan antara lokasi terbaik di Kelantan untuk mencabar keberanian bermain papan luncur air.
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Johor menurun, Kelantan kekal
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri berkurangan kepada 71 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini, berbanding 80 orang di empat PPS pagi tadi.
Anwar tinjau banjir di Kelantan esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke Kelantan esok bagi meninjau sendiri situasi banjir yang melanda negeri itu ketika ini.
Lima sungai di Pahang termasuk di Cameron Highlands rekod paras waspada
Paras air lima sungai di empat daerah di Pahang dilapor melepasi paras waspada setakat jam 9 pagi, Ahad.
Tiga sungai utama melimpah, Kelantan dijangka dilanda banjir lagi
Penduduk yang tinggal di sepanjang tiga sungai utama di negeri ini dijangka dilanda banjir bermula jam 2 pagi pada Isnin ini.
APMM bantu pindah enam pelancong terkandas di Pulau Rawa
Bot ronda PERKASA 31 yang sedang dalam rutin Op JAKSA, diarahkan ke lokasi berkenaan selepas menerima aduan daripada pengusaha resort pulau itu.
Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024.
JKNK tugaskan 1,086 anggota hadapi banjir gelombang kedua
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menugaskan 1,086 anggota sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang kini memasuki gelombang kedua.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.